Friday, April 15, 2016

Bersediakah Anda Berada Dalam Dunia Forex

Bersediakah anda dalam dunia Forex? Are U Ready????

Sedikit nasihat sebelum anda mula belajar dan menceburi dunia perniagaan Forex. Semua orang boleh atau berhak untuk menceburi bidang ini, tapi anda kena ingat forex buka untuk semua orang. So jom kita buat penilaian sendiri tentang kesediaan kita..

1. Bersedia Untuk Rugi. Terkejut? Mesti anda terkejut sebab biasanya yang anda dengar adalah forex menjanjikan keuntungan. Keuntungan yang berlipat kali ganda.Tapi aku suruh korang semua bersedia untuk rugi. Jawapan ini adalah sama jika rakan2 bgtau diorang minat utk menceburi forex. Mmg aku suruh diorang bersedia untuk rugi. Sebab apa? Aku xnak bagi janji janji palsu pada mereka. Dalam forex rugi itu pastu.. Untung itu bergantung kepada ilmu dan diri anda.

2. Bebas Dari Penyakit Kritikal Seperti Jantung. Jika anda menghidapi penyakit kritikal seperti serangan jantung aku nasihatkan anda jangan sertai forex. Takut-takut nanti terkejut dan kena heart attack semasa trading. Namun kalau betul berani tanggung risiko xper.

3. Bersedia Menimba Ilmu Dari Semua Orang. Ini penting. Anda perlu bersedia menimba ilmu dari sesiapa sahaja. Boleh jadi anda dapat ilmu itu dari seorang professor, atau mungkin anda dapat ilmu itu dari seorang tukang sapu. Tidak kira siapa pun mereka dapatkan lah ilmu dari mereka dengan baik. Dan jangan lupa HORMATI GURU ANDA. Ilmu anda tidak akan berkat jika tidak hormat pada mereka.

4. Memiliki Ketahanan Mental. Dalam dunia forex, tanyalah pada sesiapa pun. Ketahanan mental adalah perkara paling penting selepas analisa dan entry dibuat. Namun ketahan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Aku nak cerita pun xpandai. Nanti korang tau ler lepas join. Ada org kelihatan mcm org gila bila bercakap dengan chart seorang diri.

5. Berada Dalam Keadaan Kesusahan Kewangan Yang Teruk. Sekiranya anda berada didalam kesusahan kewangan yang teruk apa yang baik anda pulihkan dulu kewangan anda. Jangan gunakan belanja harian anda untuk berniaga forex. Hanya gunakan lebihan kewangan utk perniagaan. Seperti poin pertama aku. Bersedia untuk rugi.

6. Merancang Untuk Jadi Scammer Orang Lain. Lupakan sahaja niat anda join forex utk jadi scammer. Nak tipu org lain utk penuhkan poket sendiri. Perkara yang salah tidak akan berkat dan akhirnya pasti kecundang. Ingat sahabat, Doa org yg teraniaya makbul.

7. Join Forex Kerana Nak Berlagak. Ini satu lagi hal. Ada pula yg join forex semata-mata nak berlagak atau menunjuk-nunjuk. Kononnya dialah trader terhebat. Suruh tunjuk akaun habuk pun xde. Lupakan sahaja yer. Ramai lagi silent trader yang berjaya diluar sana.

8. Fahami Hi Risk Hi Return. Pabila sesuatu yang menawarkan pulangan lumayan jadi sudah pasti ianya memerlukan satu komitmen dan risiko yang tinggi. So anda BERANI???

Jadi itulah beberapa checklist yg perlu anda semak..jika anda rasa, fikir dan pasti jom klik sini utk kita lihat pula apakah yang menarik tentang forex..

"Rezeki Yang Di Miliki Jangan Lupa Di Kongsi"

No comments:

Post a Comment